Cara buat tuntutan jika Eksiden langgar objek di lebuhraya

Benda ni jadi masa cuti umum aritu... aku lalu highway ## kt lorong kanan, tiba2 ada anjing liar yang besar melintas datang dari divider HIGHWAY EH.. helok dok kt divider tengah mcm polis wt speed trap tu.. ngam kete ak lalu la dier melintas ... sbb kiri aku ada kereta, lorong sblh lagi ad motor .... ending dier bole patah balik.....aku tak tau nak elak camne... ada moto ada kereta lorong sblh ada anjing dpn ko sblh kanan ada divider.. belakang aku ada kereta dengan keadaan hujan dan jalan basah.. boleh bayangkan tak.. kalau la aku naik motor waktu tu.. camne keadaan aku agaknya sekarang? ko aspect ke akan ada anjing pulak kat highway?

Apa jadi dengan anjing tu? Anjing tu mati lepas beberapa minit kena langgar..sebab anjing tu sampai terperosok masuk bawah kereta aku.. ape pulak jadi dengan kereta aku? bumper, spotlight, lampu, bracket sume abislah... nasib tak kena compressor atau enjin... aku terus benti kan kete kat tepi highway tu... aku kol hotline M######... Peronda lebuhraya yang sepatotnya ada knowledge, dia patot tahu dia perlu datang kt tempat kejadian tuk sahkan kejadian dan ambil gambar... tapi... tuk aku yang belom ada knowledge apa2 ni... disuruh nya aku g balai je buat report sahaja..bila aku tanya pasal tuntutan, dia suruh aku datang sendiri kt pejabat esoknya sebab arini adalah cuti umum.

Keesokkan nya bila aku kol pejabat dier... aku dimaklomkan agak susah untuk aku dapatkan claim sebab takda pengesahan dari pihak peronda waktu kejadian.. dan untuk pengetahuan semua, tak ada cctv pon sepanjang perjalanan yang akan rekod kejadian korg langgar batu ke anjing ke dinosaur sekalipon. Bertambah malang bila kereta aku pon xde dash cam.. tak ada proof..

Bila dipikir balik kita perlu repair kereta kita sendiri dan claim kemudian dengan Highway, dan belum tentu akan diluluskan..... aku pilih untuk claim insurans kereta sendiri je.. NCD pon tak banyak.. lagipon kalau sah2 ko banyak duit tak apa lah.. yang tak ada duit?? ada ke benefit sebagai pengguna? Aku memang xbole ambil risiko untuk kuarkan duit poket sendiri..

Tapi ... yang aku nak tekankan kat sini... bukan semua orang tahu prosuder.. Sbg Pekerja, sepatotnya jalankan tugas dengan jujur dan maklomkan kepada pengguna.. bukan tuntutan aja tekankan SOP.. skop kerja jugak perlukan SOP..

So.. aku nak share prosuder untuk info.. sekiranya terjadi apa2 kt highway, takde la kita tak tahu hak kita sebagai pengguna..

1) Ambil gambar sendiri tuk bukti
2) Hubungi hotline highway tersebut dan minta peronda lebuhraya tuk dtg tempat kejadian dan ambil gambar kawasan tersebut (pastikan lokasi melalui kilometer)
3) Buat laporan polis di balai polis yang berdekatan
4) Simpan resit keluar dari tol tersebut

Untuk tuntutan wajib sediakan dokumen seperti berikut:

1) Laporan Polis (original)
2) IC (salinan depan belakang)
3) Lesen memanda (salinan depan belakang)
4) Geran (salinan depan belakang)
5) Cover note insuran  (salinan)
6) Gambar kerosakan kereta (sebelum dan selepas repair)
7) Resit Bayaran (original)
8) Kad Touch n Go (salinan depan belakang)

Perlu diingatkan, SOP mewajibkan sebarang kerosakan kereta dibaiki oleh pengadu sendiri sebelum mengemukakan tuntutan rasmi terhadap pihak pengurusan.

Masalahnya kat sini pulak adalah, adakah claim tu akan konfem dapat? jawapannya tak.. its depends... ada claim yang diluluskan dan ada claim yang ditolak.. semua bergantung pada syarikat insurans yang dilantik oleh pihak pengurusan tersebut.

Sharing is caring..